banner

banner

Khamis, 16 Mei 2013

Buat Sendiri - Wall Deco!

Untuk membuat motif pokok seperti gambar kat bawah ni, catkan  sekeping papan lapis dengan warna hitam. Lakarkan dengan pensil gambar pokok yang diinginkan. Mula pakukan paku putih 1 inci ke dalam papan lapis mengikut reka bentuk secara rawak. Ikat tali nilon untuk yang paling rendah, paku yang paling kiri dan mula buatkan gelung tali di sekeliling paku di sekitarnya. Pastikan nilon diregangkan @ diketatkan pada setiap masa. Lakukan perkara yang sama sehingga habis satu pokok dan memanjangkan kepada setiap dahan, sehingga berakhir di bahagian atas sekali. Ikat tali dengan ketat pada paku paling atas. Selesaikan dengan memasang border @ frame kepada papan lapis tersebut. Boleh digantung pada dinding ruang tamu atau mana-mana bilik yang diinginkan..menarik kan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan