Dapur saya bersepah dengan rempah ratus dan saya puas mencari cara yang mudah untuk menyusun semua kekusutan itu. Saya terjumpa beberapa idea rak rempah yang berbeza dan mendapati rak rempah magnet sebagai penyelesaian yang ideal!
Saya benar-benar suka idea pemasangan rempah di bawah kabinet atas supaya ia tidak mengambil banyak ruang kaunter yang amat berharga dan boleh digunakan untuk benda lain. Ia amat mudah dengan kos yang sedikit..Cubalah!
Sabtu, 18 Mei 2013
Khamis, 16 Mei 2013
Buat Sendiri - Wall Deco!
Untuk membuat motif pokok seperti gambar kat bawah ni, catkan sekeping papan lapis dengan warna hitam. Lakarkan dengan pensil gambar pokok yang diinginkan. Mula pakukan paku putih 1 inci ke dalam papan lapis mengikut reka bentuk secara rawak. Ikat tali nilon untuk yang paling rendah, paku yang paling kiri dan mula buatkan gelung tali di sekeliling paku di sekitarnya. Pastikan nilon diregangkan @ diketatkan pada setiap masa. Lakukan perkara yang sama sehingga habis satu pokok dan memanjangkan kepada setiap dahan, sehingga berakhir di bahagian atas sekali. Ikat tali dengan ketat pada paku paling atas. Selesaikan dengan memasang border @ frame kepada papan lapis tersebut. Boleh digantung pada dinding ruang tamu atau mana-mana bilik yang diinginkan..menarik kan?
Langgan:
Catatan (Atom)